top of page

Kolaborasi STI Malaysia-China terus diperkukuh - MOSTI

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 10, 2024
1 min read


Malaysia dan China terus memperkukuh kolaborasi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, kedua-dua negara diharap dapat meneruskan usaha ke arah kecemerlangan penyelidikan di bawah kumpulan kedua Dana Penyelidikan Strategik-Request for Proposal (SRF-RFP) Program Penyelidikan Bersama Malaysia-China 2025.


"Menerusi inisiatif ini, terdapat kemungkinan geran padanan menerusi Malaysia Science Endowment (MSE) untuk membawa penyelidikan dan industri bersama bagi menyediakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dipacu permintaan dan disampaikan oleh pasaran.


"Antara bidang di bawah SRF-RFP yang boleh kita terokai ialah teknologi tenaga penstoran, vaksin manusia, teknologi angkasa, kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan teknologi bahan termaju," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman ditandatangani antara Akademi Sains Malaysia dan Akademi Sains China (CAS) di Kuala Lumpur pada Isnin.

MoU itu yang ditandatangani Presiden ASM, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen dan Naib Presiden CAS, Prof Hongping He menyasarkan untuk mengembangkan skop kerjasama antara kedua-dua akademi berkenaan termasuk dalam bidang seperti neuroteknologi, AI, pertanian dan tenaga boleh baharu.


Menerusi MoU itu, ASM dan CAS mengukuhkan visi bersama untuk memanfaatkan kemajuan saintifik demi kebaikan sejagat melalui inisiatif penyelidikan bersama, memudahkan pertukaran pengetahuan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa bagi menangani cabaran global.

1 Comment


LaurenValdez
Oct 12

Interesting that blockchain made it onto the SRF-RFP focus list alongside energy storage and vaccines, since it's usually the odd one out in official science collaborations. https://guiadetragaperras.com is an unexpected place to be reading about research funding, but the matching grant mechanism through MSE is what caught me, because demand-driven R&D only matters if industry actually shows up with real problems. I'd be more curious about whether the neurotechnology side of the ASM-CAS agreement produces something concrete or just stays ceremonial.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page