top of page

Kod Sukan Selamat dilaksana di semua sekolah tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 13, 2024
  • 1 min read


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksana Kod Sukan Selamat di semua sekolah arus perdana pada tahun ini.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim berkata, langkah itu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah, selain kod tersebut sudah diperluaskan ke sekolah sukan dan universiti menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) serta institusi pengajian tinggi (IPT) tahun lepas.


"Sekolah ada kumpulan yang besar terlibat dengan sukan. Di sekolah ada atlet, guru, ibu bapa dan jurulatih, jadi Kod Sukan Selamat menjadi panduan perlu diperkembangkan dalam masyarakat secara lebih berkesan.


"Apabila kod ini berjaya diperkenalkan di sekolah, kita mahu ia dilaksanakan untuk aktiviti kokurikulum, pendidikan jasmani dan kesihatan," katanya dipetik.


Adam Adli berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Kebangsaan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kajang pada Jumaat.


Kod Sukan Selamat merupakan garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat, selain menekankan peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani sebarang bentuk gangguan serta penderaan dalam apa-apa acara, pertandingan dan kejohanan sukan.


Ia diperkenal Mac lepas susulan komitmen kesemua Exco Belia dan Sukan negeri yang menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan kod berkenaan.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page