top of page

Kluster mahkamah: MoU PN - PH ada garis sempadan, kedua pihak harus berusaha patuhi



Memorandum kerjasama yang ditandatangani oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) tempoh hari mempunyai garis sempadan yang mesti dipatuhi.


Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebimbangan penyokong mengenai kemungkinan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin melantik kluster mahkamah ke jawatan tertentu yang bertentangan dengan semangat MoU tidak perlu terlalu dibimbangi


Menurut beliau, sekiranya hal yang terburuk terjadi maka memorandum tersebut mempunyai klausa keluar dan kerjasama akan terhenti.


"Apa red line? Antara komponen yang kita setujui bersama bila meterai persefahaman itu ialah prinsip kebebasan kehakiman. Itu sangat jelas. Jadi kalau nanti perkara itu tidak dihormati atau berlaku pelanggaran MoU, ini menyediakan exit clouse akibat tidak ditunaikan beberapa perkara yang dianggap sebagai kerangka persefahaman. Sama ada kerangka kewangan atau komitmen meluluskan apa-apa rang undang-undang dalam Parlimen.


"Apa-apa pelanggaran terhadap prinsip yang disepakati dalam MoU jelas dinyatakan tentang klausa keluar. Saya faham dan saya rasai sentimen itu dari rakyat biasa, netizen, penyokong parti yang menyampaikan kebimbangan


"Sebab itu apakah kluster mahkamah diberi tempat dan sebagainya, kita letakkan prinsip penting; yang boleh kita duduk (bersama PN) adalah ketika ada titik persamaan.


"Selain itu, kebimbangan soal yang bukan urusan kewangan juga semasa rundingan, kita nyatakan dengan terang, apakah sempadan yang menjadi garis di mana tidak ada tolak ansur, khususnya di pihak kita," kata Saifuddin dalam forum maya "Norma Baharu Politik dan Persiapan PRU 15", malam tadi.


Mengenai soalan netizen apakah kerajaan PN kelak yang akan mendapat kebaikan dari cadangan-cadangan yang diutarakan PH, terutama sebagai modal kempen Pilihan Raya Umum akan datang, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu lebih menekankan strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat.


Katanya, rakyat perlu diterangkan dengan jelas setiap tuntutan yang dibuat PH dan kemudian dilaksanakan oleh kerajaan. Tanpa MoU berkenaan tidak mungkin perkara itu terjadi.


"Ada yang bertanya, kebanyakan tuntutan kita diterima kerajaan Ismail, kalau nanti dilaksanakan tidakkah seperti "lembu punya susu sapi dapat nama?"


"Saya fikir elok kita balik kepada asal. Bagaimana kita merangka skrip penerangan untuk kita sampaikan ke bawah. Ini yang saya selalu tekankan dalam perbincangan.


"Saya antara yang paling kuat mendesak pimpinan parti untuk menulis, menerang dan menjelaskan kepada khalayak supaya kelak kebimbangan seperti itu, agenda yang sangat sinonim dengan kita, dilaksanakan oleh kerajaan semasa dan tak dapat pula kepada kita impak positifnya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page