Klinik selesa, majukan pelancongan Gunung Ledang, pusat rekreasi anak muda tawaran calon Gambir



Pengundi DUN Gambir akan dipastikan mendapat kemudahan lebih baik sekiranya mereka memberi mandat kepada calon KEADILAN, Naim Jusri dalam Pilihan Raya Negeri Johor, 12 Mac ini


Menurut Naim, beliau akan mengusahakan pembinaan klinik yang lebih besar bagi penduduk DUN itu.


"Hasil pertemuan kita dengan rakyat ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya di Gambir mempunyai satu sahaja klinik kesihatan yang sangat kecil dan tidak mampu menampung penduduk


"Saya berazam sekiranya diberikan peluang kita akan cuba pindahkan klinik ke lokasi lebih baik supaya boleh dibina klinik lebih besar bagi menampung keperluan rakyat," katanya.


Bagi anak anak muda pula, Naim berazam untuk menyediakan kemudahan taman rekreasi bersepadu kepada mereka. Iaitu beberapa kemudahan sukan diwujudkan dalam satu kawasan rekreasi.


"Anak muda Gambir gemar bersukan. Atas permintaan anak muda kita akan buka satu skate park di Gambir untuk kemudahan mereka berkumpul dan bersukan.


"Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan sekiranya ada padang bola keranjang, gelanggang badminton, futsal, skate park di satu tempat," katanya.


Dari segi pelancongan pula, Naim mahu mempromosikan semula tapak pelancongan Gunung Ledang yang semakin dilupakan sebagai destinasi utama pelancong ke Johor.


"Ekonomi pelancongan Gambir punya potensi besar. Ramai tidak tahu Gunung Ledang di Gambir. Satu ketika dahulu Gunung Ledang merupakan tarikan pelancong. Ketika ini makin dilupakan. InsyaAllah atas inisiatif yang kita lakukan kita harap pelancongan Gunung Ledang boleh kita kembangkan dan menjadi daya tarikan menjana ekonomi setempat," katanya.


Bekas pegawai khas ADUN Batu Tiga Shah Alam itu juga menjanjikan penyelesaian masalah pengusana kebun sawit yang menghadapi masalah banjir dan merosakkan tanaman.


Katanya, parit parit yang lebih baik perlu dibina bagi mengelakkan banjir.


Graduan Universiti Islam Antarabangsa itu tidak lupa untuk memaju dan memperkasakan industri desa di Gambir yang tertumpu kepada pembuatan kerepek, makanan kering dan sejuk beku

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER