top of page

Klang River Festival, hargai kehidupan kota bersama sungai



Klang River Festival (KRF) merupakan festival seni untuk meraikan kepelbagaian dan budaya di sepanjang Sungai Klang yang mengalir membelah di tengah tengah ibu kota Kuala Lumpur.


Tahun ini merupakan edisi kedua KRF dan mempunyai tema yang sesuai untuk Hari Malaysia iaitu 'Tanah Air'


Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil meluangkan masa untuk menghadiri festival yang menimbulkan kesedaran saling-kait hubungan manusia dan sungai ini.


"KRF satu festival seni untuk raikan dan memikirkan semula Sungai Klang, apa hubungan kait sungai ini dengan kehidupan kita, terutamanya Kuala Lumpur dan sekitarnya.


"Sungai Klang adalah sebahagian kehidupan harian kita.


"Sebagai warga kota kita jarang fikir tentang sungai. Sebelum ada bandaraya KL, sungai ini dah lama ada dan merupakan sebahagian kehidupan manusia," katanya dalam catatan di Facebook.


Seniman kurang upaya penglihatan mempunyai pemahaman tersendiri ke atas sungai

KRF tahun ini menganjurkan pelbagai aktiviti seni di beberapa tempat yang tersebar di sepanjang laluan 120km Sungai Klang yang terkenal itu.


Dari hulu sungai terdapat Kampung Warisan di Taman Tiga Sungai, Taman Melawati; di pertengahan aliran adalah lokasi KongsiKL, Galeri Dasein, Millerz Square, Mid Valley, MIA City Campus, Kongsi Co-Op yang mengadakan pelbagai jenis pameran dan di hilirnya pula akitiviti di Pengkalan Batu, Klang.


"Dengan adanya festival seni ini, ia dapat memberi satu sudut atau sisi kehidupan bersama-sama sungai dan kenapa penting untuk dijaga bersama.


"Pameran daripada komuniti cacat penglihatan, sangat menakjubkan. Cerita tentang apa yang mereka gambarkan tentang sungai Klang.


"Sesetengah pihak masih tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan sungai, ada yang masih buang sampah ke sungai dan saya harap sikap tidak bertanggungjawab ini dapat diubah demi kepentingan ekosistem sungai kita," kata Fahmi lagi.


Festival bandar kebudayaan ini akan berlangsung dari 8-24 Sept dan pengunjung boleh menikmati program yang dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk pameran seni, pameran foto, tayangan filem, bengkel, dialog, berjalan di persisir sungai, muzik, pertunjukan seni persembahan, pasar dan banyak lagi.


KRF dianjurkan oleh KongsiKL dan dihoskan bersama oleh EXSIM. KRF menghimpunkan komuniti dan perniagaan kecil yang terletak paling dekat dengan Sungai Klang, di samping berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat Lembah Klang tentang kepentingan sungai dengan meninjau semula sejarah dan budayanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page