top of page

KL Prosperity Walk anjur program hiasi Tahun Baharu Cina



Orang ramai dijemput memeriahkan acara Kuala Lumpur Prosperity Walk pada Sabtu ini yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Program anjuran Rangkaian Komuniti Bukit Bintang (NBBC) kerjasama dengan Persatuan Pelancongan BBKLCC diadakan bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei 2024.


Penaung program yang juga Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Andre Lai Chen Heng (gambar) berkata, acara ini akan mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan berjalan kaki dengan laluan sepanjang 4.3 kilometer.


Tambah Ketua Cabang Wangsa Maju itu, laluan utama bagi acara merangkumi tanda ikonik Bukit Bintang, antaranya Pasar Seni, River of Life (RoL), pusat membeli-belah komuniti GMBB, Hotel Federal, Lot 10, Plaza Low Yat, Sungei Wang, Berjaya Times Square, dan berakhir di Lalaport.


"Acara itu juga akan diserikan dengan persembahan tarian naga dan singa untuk menonjolkan semangat kepelbagaian Malaysia.


"Selain itu, hampir di setiap 'check point' akan ada penampilan kebudayaan dari pelbagai latar belakang etnik, demi menyantuni semangat Malaysia MADANI," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu, Pengerusi Penganjur NBBC Jack Lim merakamkan penghargaan daripada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.


"NBBC amat bersyukur dan berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan dan semua yang terbabit, terutamanya Andre Lai dan Carmen sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan KL Prosperity Walk sebahagian daripada takwim program rasmi DBKL.


"Oleh itu, kami ingin menjemput orang ramai untuk bersama meraikan budaya komuniti setempat," ujarnya.


Untuk rekod, selain DBKL program KL Prosperity Walk turut melibatkan kerjasama antaranya MPP Bukit Bintang, Rukun Tetangga – KRT, BBKLCC, Fahrenheit 88, Lot 10, Pavilion KL, Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza, Suria KLCC, The Starhill, Pasar Seni, GMBB, Berjaya Times Square, Lalaport, Muzium Bandar (UR-MU) dan TS Law Land.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page