top of page

KL jadi pusat diplomasi dunia, pertemuan ketua negara catat sejarah baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Sidang Kemuncak ASEAN juga dihadiri wakil Kesatuan Eropah menjadikan sidang di Malaysia bertaraf dunia
Sidang Kemuncak ASEAN juga dihadiri wakil Kesatuan Eropah menjadikan sidang di Malaysia bertaraf dunia

Oleh: Noraini Nordin


(Sorotan Sidang Kemuncak ASEAN ke 47)


Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini, menghimpunkan delegasi dari seluruh pelusuk rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.


Dengan kehadiran ketua-ketua negara ASEAN serta tetamu-tetamu undangan maka Kuala Lumpur menjadi pusat diplomasi bertaraf dunia yang pastinya memberi manafaat khasnya kepada keluarga ASEAN.


Dunia juga sedang melihat Malaysia yang menjadi tuan rumah mempertemukan pemimpin-pemimpin yang mengadakan mesyuarat berprofil tinggi, rundingan perdagangan dan usaha damai.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN telah menyambut ketibaan pimpinan negara anggota ASEAN termasuk dari Timor Leste serta para khas seperti Brazil, Afrika Selatan, Kanada, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah.


Sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN, Malaysia tampil memimpin dengan keyakinan dan prinsip, memastikan ASEAN kekal sebagai tunjang kestabilan serantau, peneraju utama dalam diplomasi global serta suara berpengaruh bagi Negara-Negara Selatan (Global South).


Kepengerusian ini mencerminkan semangat ASEAN yang bersatu dan nilai Malaysia MADANI yang menekankan keadilan dan ihsan.


Malaysia terus memimpin


Malaysia akan terus memimpin dengan tekad memperkukuh perpaduan serantau, memperkasa rakyat dan membina Asia Tenggara yang aman, makmur serta berdaya tahan untuk generasi mendatang.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

PMX berkata bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia, beliau dengan penuh syukur mengalu-alukan kehadiran para pemimpin ASEAN, Tamu Negara Pengerusi ASEAN serta negara-negara sahabat dari seluruh dunia juga para tetamu kehormat ke Kuala Lumpur bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan.


"Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beriltizam untuk memperkukuh perpaduan serantau, memperbaharui semangat kerjasama, meluaskan tumpuan dan persahabatan serta memastikan pertumbuhan yang inklusif dan mampan demi kesejahteraan seluruh ASEAN," jelas PMX lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page