top of page

KKM tawar imunisasi Tdap untuk ibu mengandung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menawarkan vaksin imunisasi Tdap secara percuma kepada ibu mengandung dalam usia kehamilan antara 28 hingga 32 minggu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan perkara itu semasa Sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada Isnin.


"Vaksin Tdap melindungi daripada jangkitan tetanus, difteria dan pertusis (batuk kokol) boleh didapati di semua fasiliti kesihatan primer KKM yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu di seluruh negara.


"Pemberian vaksin ini bertujuan memberi perlindungan awal kepada bayi yang baru lahir, khususnya terhadap pertusis yang boleh menyebabkan komplikasi serius sebelum mereka melengkapkan jadual imunisasi asas," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly sementara itu memberi jaminan vaksin ini adalah selamat dan berkesan, tanpa menambah risiko kepada ibu mahupun bayi.


Walaupun pengambilan vaksin Tdap tidak diwajibkan, namun KKM jelasnya amat menggalakkan ibu mengandung untuk menerimanya demi melindungi bayi mereka.


"Dasar vaksinasi negara sentiasa disemak berdasarkan bukti saintifik dan garis panduan antarabangsa. Justeru, semua vaksin yang digunakan di Malaysia telah melalui proses penilaian ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (NPRA) dan dipantau secara berterusan oleh KKM.


"Penyebaran berita palsu berkaitan vaksin boleh menggugat keyakinan awam. Saya menyeru agar masyarakat sentiasa merujuk kepada sumber rasmi kerana keputusan yang kita buat hari ini akan memberi kesan besar terhadap kesihatan generasi akan datang," tambahnya Dr Dzulkefly.


Vaksinasi untuk ibu mengandung merupakan sebahagian daripada strategi imunisasi sepanjang hayat yang turut merangkumi pelaksanaan Program Vaksin Influenza untuk warga emas yang.dilancarkan pada 18 Februari lalu.


Program Vaksin Influenza menyasarkan golongan berusia 60 tahun ke atas yang menghidap penyakit kronik dengan 97,355 warga emas telah menerima suntikan vaksin berkenaan di fasiliti KKM setakat minggu lalu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page