top of page

KKM siap sedia hadapi Monsun Barat Daya, El Nino



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil pendekatan lebih aktif dalam menangani isu kesihatan susulan Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata semua fasiliti kesihatan negeri dan pusat telah diarah bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan cuaca panas.


Sehubungan itu beliau menggesa rakyat yang berdepan gejala berkaitan perubahan suhu segera mendapatkan rawatan.


"Kita mempunyai jentera dalam KKM yang akan beri rawatan terbaik kepada mangsa... macam El Nino, ia beri perubahan haba ketara di negara ini.


"Mereka yang berdepan gejala berkaitan suhu tinggi kita galakkan datang ke hospital dan jumpa doktor serta dapatkan rawatan segera," katanya.


Dr Zaliha sebelumnya ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia (MOPI) di Putrajaya semalam.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini menjangkakan Monsun Barat Daya akan bermula pertengahan bulan ini dan dijangka berterusan sehingga September.


Situasi itu akan akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat pada tempoh itu.


Beberapa agensi meteorologi antarabangsa pula meramalkan pembentukan El Nino akan bermula pada pertengahan 2023 hingga awal 2024 dan banyak negara telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kesan buruk fenomena itu.


Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yakin bahawa cuaca panas ketika ini tidak akan menjejaskan bekalan barangan keperluan harian di seluruh negara.


Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan bekalan keperluan rakyat setakat ini masih terkawal biarpun kini negara sedang menghadapi cuaca panas namun pemantauan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page