top of page

KKM serap 1,197 calon simpanan ke jawatan tetap



Kementerian Kesihatan (KKM) melantik 1,197 calon simpanan bagi mengisi jawatan tetap di kementerian berkenaan.


Pelantikan itu yang merangkumi merangkumi 857 calon pegawai perubatan dan 340 calon pegawai farmasi dibuat selepas Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meluluskan permohonan bagi mengisi baki kekosongan jawatan selepas 1,508 calon simpanan pegawai perubatan dan pegawai farmasi fasa pertama selesai melapor diri 18 Disember lalu.


Justeru tambah KKM, semua calon simpanan yang menerima surat tawaran lantikan tetap telah dimaklumkan untuk melengkapkan urusan setuju terima menerusi Sistem Tawaran Pelantikan (MySTP) SPA.


"Urusan dalam tempoh 21 hari bermula 29 Disember 2023 bagi calon pegawai perubatan dan 3 Januari 2024 untuk calon pegawai farmasi. Sepertimana jaminan ketelusan dalam urusan penempatan lantikan tetap sebelum ini, penempatan kali ini dilaksanakan menerusi sistem 'e-placement'.

"Ia merangkumi sistem 'e-housemen' untuk calon pegawai perubatan dan 'e-pharmacist' untuk calon pegawai farmasi. Setiap calon telah dimaklumkan untuk membuat pemilihan penempatan bagi tujuan pengesahan lapor diri bertugas dalam tempoh sistem dibuka dari 15 hingga 17 Januari lalu.


"Tawaran pelantikan tetap terbatal sekiranya calon tidak buat pemilihan penempatan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya melalui satu kenyataan.


Sementara itu, KKM turut memaklumkan pihak kementerian turut menyediakan saluran menerusi 'google form' untuk calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan, bermula 15 hingga 19 Januari lalu.


Rayuan kata kenyataan itu akan dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Rayuan Penempatan dengan keputusan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 31 Januari nanti, manakala penempatan ke fasilliti akan dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 12 Februari depan.


"Tarikh pelantikan tetap calon berkuat kuasa pada tarikh mereka lapor diri bertugas, iaitu 4 Mac 2024," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page