top of page

KKM sasar pendigitalan sistem kesihatan menjelang 2030



Sebagai usaha mendepani kemajuan, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk memulakan pendigitalan terhadap sistem kesihatan menjelang 2030 atau lebih awal.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, pendigitalan penjagaan kesihatan merupakan antara keutamaan beliau di KKM bagi memberikan kemudahan kesihatan terbaik kepada pesakit.


"Teleperubatan, rekod kesihatan elektronik dan analisis data menjadi alat penting dalam landskap penjagaan kesihatan moden kini," katanya dipetik pada ucapan pembukaan persidangan Pengurusan Hospital Asia di Kuala Lumpur pada Selasa.


Mengulas lanjut, Dr Zaliha menjelaskan kecekapan dalam penjagaan kesihatan adalah mengenai memaksimumkan sumber ketika memberikan penjagaan berkualiti tinggi, yang bermakna mengurangkan beban pentadbiran yang tidak perlu, memperkemaskan proses dan menghapuskan pembaziran.


Malaysia tegasnya mengiktiraf kepentingan teknologi berkenaan dan telah berusaha gigih untuk mengintegrasikannya dengan sistem penjagaan kesihatan negara.


Katanya satu daripada cara untuk mencapai matlamat itu ialah melalui pendigitalan rekod penjagaan kesihatan dan pelaksanaan sistem kesihatan elektronik kerana dengan berbuat demikian akan mengurangkan kertas kerja, meminimumkan kesilapan dan meningkatkan kebolehcapaian maklumat pesakit, sekali gus menjadikan penjagaan kesihatan lebih efisien.


"Inovasi ini bukan sahaja untuk menambah baik penjagaan pesakit tetapi juga meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam penyampaian penjagaan kesihatan," katanya.

Mengulas mengenai persidangan itu, Dr Zaliha berkata ia memasuki edisi ke-22 dan menarik 1,100 peserta dari 28 negara dengan tema 'Menerima Perubahan untuk Penjagaan Kesihatan yang Lebih Cekap'.


Diadakan selama dua hari bermula semalam, ia merupakan peluang untuk KKM sendiri belajar banyak perkara serta berkongsi pengalaman mengenai pengurusan hospital, mempertingkatkan dan memperkemaskan perkhidmatan kesihatan negara serta memantapkan lagi kerjasama awam dan swasta.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page