KKM sasar bangunkan 81 Wellness Hub di seluruh negara
- Suara Keadilan
- Aug 18
- 1 min read

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus komited dalam usahanya memperkasa ekosistem penjagaan kesihatan negara.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata kementerian itu kini menyasarkan untuk membangunkan 81 buah Wellness Hub di seluruh negara.
"Sebanyak 33 buah fasiliti itu telah diwujudkan meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan baki 48 fasiliti dijangka dapat dicapai menjelang 2033.
"Wellnes Hub bukan sekadar pusat perkhidmatan, tetapi pemangkin perubahan gaya hidup masyarakat.
"Kalau kita lihat di sini jika pengunjung datang, petugas akan melakukan saringan kesihatan seterusnya akan diberi bimbingan, pengetahuan, pencerahan untuk (sebagai contoh) menurunkan berat badan," katanya dipetik di Majlis Perasmian Wellness Hub Kuala Langat pada Ahad.
Wellness Hub menawarkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat melalui bimbingan dan kemahiran perubahan tingkah laku ke arah pembudayan hidup sihat secara konsisten dan lestari.
Sejak diwujudkan pada 2020, lebih 1.48 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dari pusat tersebut dengan 75 peratus daripadanya berjaya menurunkan berat badan, meningkatkan kecergasan fizikal (74 peratus) dan 54 peratus berjaya berhenti merokok sepenuhnya.
Comments