top of page

KKM rancang perluas saringan X-ray AI ke 150 klinik kesihatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 7
  • 1 min read
ree

Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperluas inisiatif saringan X-ray berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi kumpulan berisiko tinggi ke 150 klinik kesihatan seluruh negara pada 2026.


Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, inisiatif itu bukan sahaja untuk mengesan kanser paru-paru, malah turut memberi tumpuan kepada penyakit lain seperti Penyakit Paru-paru Obstruktif Kronik (COPD), asma, tuberkulosis dan kesihatan paru-paru akibat pekerjaan.


"Kita mempunyai hasrat, perancangan dan komitmen untuk menyasarkan tambahan 150 klinik pada tahun hadapan," katanya dipetik.


Inisiatif baharu saringan X-ray berasaskan AI ini dilancarkan pada Mei lalu, dengan tujuh klinik kesihatan kerajaan dikenal pasti sebagai fasa perintis.


Menggunakan teknologi analitik data, sistem saringan itu dapat meningkatkan ketepatan pengesanan penyakit.


Setakat ini, perkhidmatan tersebut dilaksanakan di tujuh klinik kesihatan iaitu di Pendang (Kedah), Seberang Jaya (Pulau Pinang), Kajang Batu Sembilan (Selangor), Cheras (Kuala Lumpur), Beserah (Pahang), Kok Lanas (Kelantan) dan Luyang (Sabah).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page