top of page

KKM rancang bina pusat rawatan kanser ikut zon



Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang membina pusat rawatan kanser mengikut zon, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


Bercakap kepada media selepas merasmikan Program 'Against All Odds-A Tribute to Canser Survivors di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur semalam, beliau menjelaskan cadangan itu bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan.


Ketika ini jelasnya ramai pesakit dari seluruh negara terpaksa datang ke ibu negara untuk mendapatkan rawatan.


"Ia berikutan ketiadaan pusat rawatan itu, terutama di zon Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.


"Kita sedang melihat tempoh jangka masa panjang (pembinaan pusat rawatan kanser) mengikut zon dan mungkin akan melihat jika diperlukan pusat rawatan di zon Utara, Timur, Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau turut menjelaskan, cadangan itu merupakan sebahagian pelan jangka panjang oleh kementerian.


Bila dilaksana, ia bakal membantu daripada banyak sudut termasuk membabitkan pengiraan kos perjalanan setiap kali pesakit perlu mendapatkan rawatan.


Sementara itu, Ahli Parlimen Sekijang itu ketika ditanya mengenai status Kertas Putih Kesihatan (KPK) menjelaskan, setakat ini pihaknya sudah membentangkannya di Kabinet dan kabinet bersetuju untuk dibawa ke Parlimen.


"Kalau tiada halangan perkara ini akan dibentangkan (di Dewan Rakyat) minggu hadapan seperti yang telah dimaklumkan kepada saya," jelasnya.


Sebagai rekod, Kertas Putih Kesihatan akan menjadi satu dasar komprehensif kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang mempunyai jangka tempoh berfasa hingga 15 tahun.


Antara manfaat atau impak reformasi kesihatan kepada rakyat adalah pelan kesihatan yang berpaksikan individu yang berdasarkan keperluan kesihatan atau perubatan setiap individu, rawatan dari doktor dan pasukan kesihatan yang sama setiap kali diperlukan, bimbingan dan tunjuk ajar daripada pasukan kesihatan, komuniti yang terlatih supaya kekal sihat, perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dengan harga dan masa menunggu yang berpatutan dan mengakses rekod perubatan peribadi secara atas talian dan juga boleh diakses oleh hospital dan klinik di seluruh negara bagi tujuan rawatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page