top of page

KKM perluas khidmat pakar ke hospital luar bandar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 12
  • 1 min read
ree

Kementerian Kesihatan (KKM) terus komited memperluas akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat dengan menempatkan pakar perubatan kecemasan dan perubatan dalaman di hospital luar bandar.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, langkah itu bagi memastikan perkhidmatan kepakaran tidak hanya tertumpu di hospital utama, sebaliknya turut dinikmati masyarakat di daerah dan kawasan pedalaman.


"Hospital rujukan di negara ini tidak banyak. Bagi menangani isu itu, kita mula menempatkan beberapa pakar di hospital daerah utama yang sebelum ini tidak mempunyai pakar secara tetap.


"Kita juga merancang untuk melaksanakan prosedur pembedahan ringan di klinik-klinik kesihatan. Ini antara inisiatif pembaharuan yang akan terus kita pertingkatkan," katanya dipetik pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.


Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, KKM turut menjalankan pemantauan dan penilaian berkala terhadap keperluan operasi pegawai perubatan yang bertugas secara atas panggilan (on-call) bagi memastikan jumlah petugas mencukupi serta kebajikan warga KKM terus terpelihara.


"Jumlah pegawai perubatan yang bertugas secara on-call ditentukan berdasarkan keperluan perkhidmatan, beban kerja serta tahap kompleksiti kes di fasiliti kesihatan," jelasnya menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page