top of page

KKM perkenal 'kelas terapung' atasi isu kesesakan murid



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenal konsep 'kelas terapung' bagi menangani isu kepadatan pelajar di sekolah dibawah kendaliannya.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, melalui inisiatif jangka pendek itu fasiliti di sekolah bakal dioptimumkan berdasarkan kesesuaian.


"Penggunaan fasiliti sekolah akan dioptimumkan sebaik mungkin pihak sekolah seperti makmal, bengkel, bilik bahasa dan bilik kesihatan.


"Jika mereka ada kelas lebih, boleh buat konsep itu. Jika tiada, mungkin boleh guna kaedah lain bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar," katanya dipetik.


Fadhlina berkata begitu kepada pemberita selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru di Klang, pada Isnin.


Sekolah berkenaan mempunyai 4,198 pelajar dan 240 guru bagi sesi penuh turut mengambil inisiatif mewujudkan kelas terapung.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, lawatan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu penting sebagai maklum balas isu melibatkan sekolah.

Katanya kementerian sentiasa mencari jalan bagaimana mahu menyuraikan pelajar di sekolah padat dan mengoptimumkan sekolah lain di kawasan sekitar sebagai pilihan kepada ibu bapa.


"Bagi jangka masa panjang, pembinaan sekolah baharu juga diharap dapat menyelesaikan isu kepadatan itu dengan turut meliputi sesi libat urus bersama kerajaan negeri," tambah Fadhlina.


Statistik terkini KPM mendapati sebanyak 86 sekolah padat dikenal pasti mempunyai lebih 40 pelajar dalam sesebuah kelas termasuk di sekitar Lembah Klang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page