top of page

KKM lemah, tidak buat persediaan awal peningkatan kes Covid 19 di hospital Klang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 13, 2021
  • 2 min read

Kementerin Kesihatan Malaysia (KKM) dikritik kerana lemah dalam membuat persiapan awal terhadap peningkatan kes harian Covid 19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sehingga ada pesakit terpaksa terlantar di luar hospital dan pengurusan jenazah bagi pesakit yang meninggal dunia pula tidak teratur.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Selangor, Dr Gunaraj George berkata, Pengarah HTAR wajar memohon bantuan pelbagai pihak bagi menghadapi situasi kekurangan yang dihadapi hospital berkenaan.


"Sesuatu yang tidak masuk akal apabila pihak KKM dan HTAR tidak dapat membuat persediaan awal apabila kes harian positif Covid 19 di Klang menunjukkan peningkatan setiap hari sejak beberapa bulan yang lalu. Pengurusan krisis yang sangat lemah dan kurang koordinasi menyebabkan keadaan di HTAR semakin parah.


"Pengarah HTAR Klang wajar memaklumkan dan memohon bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor jika berlaku kelembapan pihak KKM dalam membuat persediaan awal mendepani krisis ini.


"Nyawa rakyat sekali lagi menjadi taruhan sekiranya pengurusan krisis dan bencana Covid 19 tidak dijalankan secara kolektif dan dikoordinasi secara baik bersama semua pihak," katanya.


Menurut Dr Gunaraj lagi, beliau telah dihubungi oleh waris pesakit yang tidak berpuas hati jenazah ahli keluarga mereka lambat diurus oleh HTAR.


Begitu juga, keadaan jenazah yang dikatakan diletak bertindih-tindih sejak beberapa hari sehinggalah pihak HTAR menerima sumbangan kontena sejuk beku, semalam.


"Saya telah menerima panggilan telefon daripada beberapa orang waris pesakit Covid 19 yang meninggal dunia dan menzahirkan rasa dukacita tentang tatacara pengurusan mayat di HTAR Klang.


"Bilik mayat di HTAR telah berada pada kapasiti penuh menyebabkan jenazah pesakit Covid 19 ditempatkan di atas lantai secara berlapis. Amat memilukan apabila tatacara pengurusan jenazah tidak diurus dengan baik.


"Mendukacitakan apabila waris tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada ahli keluarga yang telah meninggal, ditambahkan lagi proses tatakelola pengurusan jenazah yang mengambil masa berhari-hari selepas pesakit meninggal dunia.


"Pihak hospital perlu segera menguruskan jenazah untuk proses pengkebumian mengikut agama masing-masing agar waris dapat memberi penghormatan terakhir. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesedihan mereka yang kehilangan ahli keluarga," katanya lagi.


Dr Gunaraj berpendapat kerajaan Perikatan Nasional perlu lebih peka dan bertanggungjawab dengan keadaan di HTAR.


Beliau menyarankan kerajaan menambah infrastruktur kesihatan seperti fasiliti Unit Rawatan Rapi (ICU), tangki oksigen, alat pernafasan dan katil pesakit dinaik taraf.


Kerajaan juga katanya, wajib menambah kontena sejuk beku bagi membolehkan jenazah pesakit Covid 19 ditempatkan secara teratur.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page