top of page

KKM lancar P3S, mudahkan urusan penempatan warga kesihatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 2
  • 1 min read

ree

Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan Sistem Pertukaran Suka Sama Suka (P3S) bagi mengurangkan birokrasi, mempercepatkan urusan penempatan serta menjaga kebajikan warga kesihatan.


KKM dalam kenyataan menjelaskan, proses pertukaran pegawai sebelum ini dilakukan secara manual sehingga menyebabkan lambakan permohonan, masa menunggu panjang serta penggunaan saluran tidak rasmi.


"P3S menjadikan proses pertukaran lebih mudah, cepat dan telus. Pentadbiran di peringkat Pejabat Tanggungjawab (PTJ) hanya perlu mengesahkan kelayakan pegawai, manakala surat penempatan baharu akan dijana secara automatik selepas padanan berjaya dibuat," kata kementerian itu.


Kementerian itu turut menegaskan, pelaksanaan sistem P3S mencerminkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kebajikan warga kerja kesihatan sekali gus memperkukuh kecekapan pentadbiran.


"Ia sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI berteraskan kemampanan, kesejahteraan dan daya cipta, khususnya dalam memperkukuh sistem kesihatan negara," jelasnya.


Buat permulaan, fasa pertama P3S dibuka kepada skim jururawat di bawah Bahagian Kejururawatan.


P3S akan diperluas secara berfasa kepada skim pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi dan penolong pegawai farmasi mulai 2026.


"Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi https://p3s.moh.gov.my , manakala syarat kelayakan serta tatacara permohonan boleh dirujuk dalam garis panduan di portal tersebut," menurut KKM.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page