top of page

KKM laksana kajian baharu pastikan perkhidmatan lebih berkesan



Dalam usaha memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberi secara berkesan kepada rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan kajian baharu memantau keperluan anggota kesihatan.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata kajian itu akan menyemak keperluan sebenar pelbagai kategori sumber manusia, dan akan mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan pada 2016 lalu dan keperluan kesihatan rakyat semasa.


Kajian itu juga tegasnya akan menjadi evidence-base (himpunan bukti) ke arah penyediaan pelan implementasi bagi strategi-strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan.


"Pelan jangka panjang ini untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik," kata Ahli Parlimen Sikijang itu dalam kenyataan.


Sementara itu menurut beliau, kajian baharu itu menyusuli kajian terdahulu yang menunjukkan unjuran bekalan pegawai perubatan akan mengalami ‘kebanjiran’ mulai 2026 hingga 2030.


Menurutnya, kajian terebut berdasarkan data 2008 hingga 2015, namun kurang menggambarkan situasi semasa.


Tegasnya, perancangan tenaga kerja kesihatan secara efektif harus mengambil kira keperluan kesihatan akibat pertambahan penduduk, penuaan masyarakat, peningkatan beban penyakit dan juga kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana kesihatan.


"Sekiranya berlaku kekurangan tenaga kerja kesihatan, ia berpotensi menjejaskan kualiti perkhidmatan serta menimbulkan beban kerja berlebihan kepada pekerja kesihatan yang sedia ada.


"Oleh itu, KKM memberi penekanan terhadap perancangan sumber manusia yang holistik dan strategik bagi memastikan bekalan pekerja kesihatan adalah mencukupi," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page