top of page

KKM kekal SOP kekang Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara



Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan Covid-19 akan diteruskan di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir bagi membendung penularan wabak tersebut.


Menteri Kesihatan (KKM) Dr Zaliha Mustafa berkata, kakitangan kesihatan di PPS juga telah maklum mengenai SOP sedia ada termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala.


"Dalam keadaan banjir memang kita bersedia, ini termasuk menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas penduduk terjejas banjir terutama yang mempunyai gejala

"Seperti biasa, kalau ada kes kita akan buat isolasi dan kita asingkan, SOP tetap sama, insya-Allah," katanya dipetik.


Dr Zaliha turut memaklumkan berlaku peningkatan kes, namun masih terkawal dan belum pada tahap membimbangkan.


"Buat masa ini, peningkatan kes hanya melibatkan kes-kes kecil dan gejala yang ringan," katanya selepas merasmikan Felda Medoi Agrofest 2023, Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia dan Program Saringan Kesihatan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Medoi di Segamat pada Sabtu.


Sementara itu, beliau turut berharap lebih banyak PEDi di seluruh negara dapat melaksanakan program saringan kesihatan bagi penyakit tidak berjangkit (NCD) khusus untuk penduduk.


"Pemeriksaan kesihatan penduduk melibatkan bacaan BMI, tekanan darah, kencing manis dan kolestrol itu penting bagi memperkasakan penjagaan kendiri dan kesedaran awal dalam kalangan komuniti setempat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page