top of page

KKM jadikan pendigitalan penjagaan kesihatan sebagai keutamaan



Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadikan pendigitalan penjagaan kesihatan bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal sebagai keutamaan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu bagi memperkukuh dan meningkatkan sistem kesihatan di seluruh negara


Bagi tujuan itu jelasnya, kementerian komited untuk memupuk inovasi dalam penjagaan kesihatan dan mewujudkan satu laluan untuk memudahkan industri kesihatan dalam menghasilkan teknologi bernilai tinggi dalam pendekatan kolaboratif dengan pelbagai kementerian yang kini dikendalikan oleh Bahagian Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS).


"Terdapat banyak potensi produk dan perkhidmatan digital inovatif seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mentadbir penjadualan petugas dan pesakit, menguruskan penggunaan katil dan aliran pesakit, malah menyokong pembuatan keputusan operasi mereka.


"Bagi pihak pengguna, banyak penyedia perkhidmatan di negara, termasuk kemudahan kerajaan telah menggalakkan pesakit untuk mengesan penyakit mereka menggunakan peranti perubatan khusus, sambil menawarkan pemantauan pesakit dari jauh, telekesihatan dan perkhidmatan perundingan maya" katanya dalam ucapan ketika merasmikan pembukaan 24th Southeast Asian Healthcare and Pharma Show (SEACare) 2024 di Kuala Lumpur pada Khamis.


Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.


Sementara itu tambah Dr Dzulkefly, selain peranti perubatan dan pendigitalan, kementerian juga menyasarkan untuk terus menggalakkan dan membangunkan industri farmaseutikal,


Pengeluaran farmaseutikal halal jelasnya bukan sahaja untuk menampung keperluan tempatan, tetapi juga membuka pintu kepada pasaran global yang berkembang, berpotensi memberi perkhidmatan kepada 1.9 bilion pengguna Muslim di seluruh dunia.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page