top of page

KKM hantar pasukan, beri sokongan moral kepada mangsa banjir



Sebanyak 102 pasukan Inisiatif Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MPHSS) digerakkan untuk memberi sokongan dari segi emosi serta mental kepada mangsa banjir yang terkesan kejadian baru-baru ini.


Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, pasukan-pasukan MHPSS ditempatkan di tujuh negeri terlibat banjir iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan.


MHPSS jelasnya juga memberi tumpuan khusus untuk daerah Rantau Panjang, Pasir Mas yang paling terjejas dalam bencana baru-baru ini.


"KKM bukan sahaja menumpukan saringan kesihatan biasa kepada mangsa banjir tetapi juga menjalankan pengesanan tahap emosi serta mental mereka.


"Pengesanan awal dibuat supaya rawatan lanjut seterusnya dapat diberikan," katanya dipetik.


Dr Dzulkefly berkata begitu dalam sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Kelantan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli pada Ahad.


Sementara itu tambahnya, selain pasukan MHPSS, sebanyak 297 pasukan perubatan di bawah KKM bertugas dalam banjir, pasukan kesihatan (286) dan pasukan promosi kesihatan (286) turut digerakkan.


Petugas-petugas KKM juga diberikan perkhidmatan sokongan sama dan setakat ini sebanyak 123 pertolongan cemas psikologi (PFA) dijalankan kepada mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page