top of page

KKM giat tangani masalah demam denggi



Kementerian Kesihatan (KKM) terus akan melepaskan nyamuk aedes berwolbachia sebagai usaha menangani kes demam denggi.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata pelepasan itu akan dijalankan secara berperingkat menerusi Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia di lokaliti-lokaliti yang dikenal pasti mencatatkan peningkatan kes.


"Pelepasan berterusan akan dilakukan untuk lokaliti sedia ada mengikut jadual ditentukan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang memilih lokaliti baharu untuk pelepasan seterusnya," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program MADANI Afiat Peringkat Negeri Johor dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa di Segamat pada Sabtu.


50 juta nyamuk aedes berwolbachia telah dilepaskan ke 28 lokaliti di Pulau Pinang,Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya, Melaka, Kelantan, Pahang dan Johor sepanjang tempoh Julai 2019 hingga Mei lalu.


Setakat ini jelasnya lokaliti pelepasan di Selangor adalah yang terbanyak iaitu 10 dan diikuti Kuala Lumpur (7).


Nyamuk Aedes disuntik dengan bakteria Wolbachia adalah satu kaedah pencegahan denggi. Strategi ini bertujuan menggantikan populasi nyamuk Aedes biasa kepada nyamuk Aedes yang ber Wolbachia untuk menjadikan nyamuk tersebut tidak dapat memindahkan virus denggi kepada manusia.


Sementara itu ketika mengulas program gotong royong yang diadakan beliau menjelaskan, seramai seramai 415 sukarelawan dari MyCHAMPION COMBI dari daerah Segamat dan Hero Kebersihan dari SWCorp, serta agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam program itu.


Aktiviri gotong royong turut melibatkan aktiviti pemeriksaan kebersihan persekitaran bagi pengawalan demam denggi di kawasan berkenaan.


"Sejak Januari hingga 12 Ogos lepas, KKM melaporkan 73,680 kes berbanding 33,911 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu peningkatan 117 peratus. Bagi kes kematian pula, 53 kes dilaporkan berbanding 22 kes pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 141 peratus.


"Justeru dengan aktivit gotong royong sebegini, kita akan dapat menghapuskan tempat pembiakan Aedes sebagai usaha mengekang kejadian demam denggi yang boleh menyebabkan kematian," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page