top of page

KKM galakkan perubatan swasta terlibat Skim Perubatan Madani



Pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah dialu-alukan menyertai program rintis Skim Perubatan Madani yang bakal diperkenal Kementerian Kesihatan.


Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata skim tersebut yang mula dilaksanakan pada 15 Jun ini akan memberi manfaat kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Penglibatan DP itu menurutnya diharap dapat membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mendapatkan rawatan tanpa perlu menunggu lama atau menghadapi kesesakan di premis kesihatan milik kerajaan.


"Semasa pembentangan Bajet 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.


"Skim Perubatan Madani merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)," kata beliau dalam satu kenyataan.


Menurut Zaliha lagi, 10 daerah yang memerlukan penglibatan GP itu adalah di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak)


Pengamal perubatan yang berminat jelasnya boleh mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan Madani dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.


ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan Madani.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page