top of page

KKM digesa tangani masalah pesakit Covid-19 di Balik Pulau

  • Writer: Omar Zin
    Omar Zin
  • Jan 5, 2021
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa untuk menangani segera masalah yang dihadapi lebih 432 pesakit positif Covid-19 yang dikuarantin di Kompleks Sukan Balik Pulau.


Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan ADUN Pulau Betong, Tuah Ismail berkata para pesakit itu meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan dan layanan yang kurang memuaskan.


"Lebih menyedihkan apabila dimaklumkan mereka kekurangan bekalan air bersih serta kekurangan bekalan makanan. Mereka juga perlu menunggu lebih dari 1 jam jika ingin menggunakan tandas kerana bilangan tandas yang tidak mencukupi untuk menampung lebih 400 orang.


"Keadaan sekarang bertambah teruk apabila banyak tandas tersumbat yang menyebabkan keaadaan tandas kotor dilimpahi air dan najis," katanya dalam kenyataan bersama.


Bakhtiar dan Tuah juga meminta agar pesakit warga tempatan dan warga asing ditempatkan di ruang berbeza bagi mengurangkan lagi risiko penularan Covid-19.


"Pembelaan sewajarnya perlu diberi kepada warganegara Malaysia yang terlibat di Kompleks Sukan Balik Pulau. Mereka memohon agar diasingkan pusat kuarantin antara warganegara Malaysia dan warganegara asing.


"Saya juga menyeru kepada pihak berkuasa, supaya mengambil tindakan dengan segera dalam menyelesaikan isu terbabit demi kesejahteraan semua," katanya.


Pada masa sama, mereka juga menawarkan kerjasama dan bersedia membantu KKM dan pihak berkuasa.


"Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Balik Pulau bersedia untuk bekerjasama dalam menyelesaikan isu ini.


"Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan hadapan dan semua yang terlibat dalam menjaga pesakit Covid-19 di Kompleks Sukan Balik Pulau," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page