top of page

KKM cadang buah, sayur dimasukkan dalam Program SARA

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 26
  • 1 min read

ree

Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mencadangkan kepada Kabinet agar buah-buahan dan sayur-sayuran disenaraikan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).


Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, cadangan itu wajar diberi pertimbangan serius kerana ia mampu menyokong strategi kerajaan dalam mengubah corak pemakanan sihat rakyat Malaysia.


"Saya akan membawa perkara ini sebagai satu pandangan, atau satu pertimbangan, ini semua adalah strategi nudging (penggalak)," katanya dalam sidang media selepas melancarkan National Blueprint for Behavioural Insights in Health di Cyberjaya pada Khamis.


Bantuan SARA iaitu bantuan tunai bersasar yang disalurkan kerajaan MADANI kepada golongan B40 bagi membeli keperluan barangan asas.


Penerima boleh menggunakannya untuk memberi 14 kategori barangan keperluan iaitu pembelian beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman dan makanan dalam tin serta ubat-ubatan.

Sementara itu tambah Dr Dzulkefly, realiti semasa menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda tidak gemar makan sayur-sayuran atau buah-buahan

Justeru, usaha menjadikan makanan sihat lebih mampu milik dan mudah didapati adalah sebahagian daripada strategi pendekatan halus bagi mengubah gaya hidup rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page