KKM bentang cadangan naik elaun ETAP kepada Kabinet
- Suara Keadilan

- Sep 6
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan semakan kenaikan kadar elaun tugas atas panggilan (ETAP) kepada Kabinet dalam waktu terdekat.
Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, pembentangan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri itu supaya pelaksanaannya dapat direalisasikan pada tahun depan.
"Warga kerja termasuk petugas kesihatan di KKM kini menerima pelbagai jenis elaun bertugas bagi yang layak.
"Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa berusaha menambah baik pemberian insentif serta kebajikan kakitangan dan petugas kesihatan dengan menjalankan pelbagai kajian elaun dan kemudahan termasuk kenaikan kadar ETAP.
"Penambahbaikan seperti ini akan terus diusahakan secara berkala mengikut keadaan semasa," katanya.
Antara elaun dinikmati petugas kesihatan ketika ini antaranya ialah bayaran insentif perkhidmatan kritikal; bayaran insentif pakar; dan elaun bertugas selepas waktu pejabat di Klinik Kesihatan dan Klinik Rawatan Pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital (Elaun Locum).
Selain itu mereka turut menikmati elaun pembedahan elektif serta yang terkini, bayaran insentif pakar pra warta (BIPPW)
"KKM bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) komited untuk menyempurnakan semakan kenaikan kadar ETAP yang sudah dijalankan sejak mutakhir ini," tambah Dr Dzulkefly menerusi kenyataan tersebut.









Comments