top of page

KKM bakal segera bentang RUU berkaitan rokok



Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dibentangkan ke persidangan Dewan Rakyat selewat-lewatnya minggu depan.


Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, RUU itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok yang telah dibuktikan secara saintifik memudaratkan kesihatan.


"Ini adalah bagi menangani isu kelompongan terhadap gel nikotin yang telah dikecualikan daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952, pada April lepas," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bertujuan mengawal penjualan dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau dan peranti merokok, demi kesihatan awam untuk melahirkan suatu generasi baharu bebas merokok.


Dr Zaliha sementara itu berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan pindaan cadangan rang undang-undang itu dengan mengambil kira pandangan yang telah dikemukakan Peguam Negara untuk pertimbangan Mesyuarat Jemaah Menteri yang dijadualkan pada Jumaat ini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page