top of page

RM9.6 Juta KKM baik pulih 39 klinik kesihatan di Kelantan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 6, 2023
  • 1 min read

ree

Kerajaan Perpaduan terus berusaha memastikan rakyat termasuk di negeri pembangkang menerima perkhidmatan kerajaan dengan baik.


Terbaharu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di Kelantan untuk dibaik pulih segera tahun ini dengan melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.


Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata 39 klinik itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik dalam kategori daif.


"Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.


"Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan," katanya di Facebook.

Sementara itu jelas Zaliha, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang akan dijalankan, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page