top of page

KKM akan terus main peranan tangani kemiskinan haid



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan kerjasama masyarakat umum bagi menangani isu kemiskinan haid di negara ini.


Setiausaha Politik Menteri Kesihatan, Napsiah Khamis berkata walaupun kerajaan bersedia menyelesaikan itu tersebut namun hal itu terhalang dengan sikap dan ketidaksediaan segelintir masyarakat untuk melihat isu tersebut sebagai perkara penting.


Katanya, usaha menyelesaikan isu kemiskinan haid itu akan gagal selagi masyarakat tidak berfikiran terbuka atau tidak menganggapnya sebagai isu yang wajar ditangani.


"Apabila YB Menteri mengumumkan inisatif meletakkan tuala wanita di beberapa tempat strategik di Kementerian, reaksi negatif yang mengejutkan, riuh-rendah khususnya di sosial media.


"Ini membayangkan kedangkalan pemahaman terhadap isu sebenar, keengganan menerima isu menstruasi khususnya kemiskinan haid sewajarnya menjadi wacana semua pihak dan tidak lagi dianggap tabu di samping kecenderungan untuk memperlekehkan atau memandang isu menstruasi sebagai terpencil.


"Kita perlu keberanian dan kebijaksanaan untuk membicarakan isu ini. Selagi masyarakat melihat isu ini sebagai isu wanita yang terpencil, nescaya kita akan gagal menyelesaikan masalah pokok berkaitan kemiskinan haid dan akses kepada produk, fasiliti serta tentunya mengangkat maruah wanita.


"Mindset wajar diubah supaya melihat isu menstruasi bukan lagi sebagai suatu yang tabu tetapi sebagai satu keperluan kehidupan seharian," katanya sempena sambutan Hari Kebersihan Menstruasi Sedunia semalam.


28 Mei setiap tahun telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Kebersihan Menstruasi Sedunia (World Menstrual Hygiene Day).


Namun menurut Napsiah, Hari Menstruasi Sedunia tidak menjadi suatu tarikh yang penting di negara ini malah terdengar asing.


"Sangat jarang adanya perbincangan atau wacana awam mengenai isu haid atau menstruasi ini, sama ada dalam kalangan cerdik pandai apatah lagi masyarakat umum. Tidak keterlaluan ramai wanita yang menderita di dalam diam disebabkan hal-hal yang bersangkutan menstruasi dianggap tabu dan memalukan.


"Sebagaimana yang digagaskan oleh PBB melalui UNFPA untuk menjadikan menstruasi suatu yang normal menjelang 2030, adalah diharapkan Malaysia juga tidak ketinggalan bukan sekadar mengadaptasi gagasan ini tetapi menjadikannya suatu realiti yang bermanfaat kepada negara.


"Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berperanan untuk merealisasikan cita-cita ini," jelasnya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page