top of page

KKM akan bentang RUU kawal selia produk vape



Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenal Rang Undang-Undang (RUU) baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok mengandungi nikotin, kata Menterinya Dr Zaliha Mustafa.


Melalui satu kenyataan media, Dr Zaliha berkata RUU itu akan dibentangkan segera pada Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang dijangka bersidang Mei depan.


"KKM sangat prihatin atas kebimbangan, reaksi dan maklum balas diterima di media massa susulan daripada pengecualian sediaan cecair atau gel mengandungi nikotin untuk tujuan merokok menggunakan rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik daripada Senarai Racun di dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952 (Akta 366).


"Bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin dalam cecair elektronik atau vape, KKM akan membentangkan Rang Undang-Undang baharu.


"RUU baharu tersebut adalah bagi memastikan terdapat kawalan menyeluruh terhadap sediaan nikotin atau gel mengandungi nikotin di dalam cecair rokok elektronik atau vape," kata kenyataan itu.


Sementara itu jelasnya, pihak kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan berkaitan mengenai RUU tersebut yang juga akan merangkumi dasar seperti Generasi Penamat Rokok (Generational EndGame).


KKM turut akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape melalui Pelan Generational Endgame Anti Rokok (GEGAR).


Ia dengan meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok di sekolah dan institusi pengajian tinggi melalui kerjasama bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Yayasan Sukarelawan Siswazah, Majlis Belia Malaysia dan badan bukan kerajaan berkaitan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page