top of page

KKM agensi pertama perkenal panduan khusus tangani buli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

ree

Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi agensi pertama dalam sektor awam mengambil langkah memperkenalkan panduan khusus bagi menangani kes buli, demikian kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar).


Beliau berkata meskipun seseorang pegawai KKM mempunyai kedudukan tinggi dalam perjawatan, tindakan tetap diambil bagi mencerminkan komitmen kementerian menolak tabiat dan tingkah laku buli di tempat kerja.


"KKM tidak akan berkompromi terhadap pelaku termasuk pegawai pengurusan tertinggi dipecat jika disabit bersalah menyembunyikan kes.


"Amalan toksik buli di KKM ini mungkin tidak ramai yang ingat, tetapi saya ingin mengingatkan semua.


"Pada penggal pertama saya memimpin KKM, saya telah mengambil tindakan terhadap seorang ketua jabatan di sebuah hospital. Akhirnya, beliau dipecat," katanya dipetik selepas melancarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja bagi anggota KKM di Putrajaya hari ini.


Dzulkefly memberitahu sebanyak 430 aduan buli telah direkodkan menerusi sistem MyHealth setakat 31 Julai dengan setiap aduan disiasat dengan teliti, berdasarkan prinsip keadilan, ketelusan dan perlindungan kerahsiaan, termasuk bagi pengadu dan pemberi maklumat.


"Saya tidak mahu sebarang kes dilaporkan secara culas atau diremehkan, khususnya oleh ketua jabatan," katanya.


Dzulkefly memberi jaminan identiti pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya termasuk di bawah garis panduan baharu itu bagi menjaga privasi serta maklumat yang diterima.


"Sangat penting untuk memastikan bahawa mangsa atau pemberi maklumat dilindungi terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan lain diambil," katanya.


Dzulkefly Ahmad menegaskan kementeriannya berpegang kepada dasar toleransi sifar terhadap amalan buli di tempat kerja dengan menolak sikap menormalisasikan budaya toksik dalam organisasi.


Jelasnya amalan buli di tempat kerja merupakan satu gangguan sistemik yang meruntuhkan integriti organisasi, melemahkan motivasi dan menjejaskan kerjasama pasukan.

Dzulkefly turut menekankan budaya saling menegur dalam kalangan warga kerja agar KKM menjadi organisasi yang dinamik, proaktif dan berdaya tahan.


"Budaya buli mesti dihentikan. Kita perlu mewujudkan suasana kerja yang selamat, penuh kasih sayang dan berteraskan nilai MADANI. Itu tanggungjawab bersama, bermula daripada kepimpinan tertinggi hingga ke seluruh warga kerja," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page