top of page

KKD teliti perkukuh pematuhan undang undang media sosial



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti langkah yang perlu diambil dalam usaha memperkukuh pematuhan undang-undang di platform media sosial.


Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil berkata begitu susulan kenyataan Ahli Parlimen ASEAN bagi Hak Asasi Manusia (APHR) pada Selasa yang menggesa platform media sosial di Malaysia bertanggungjawab terhadap ucapan berbaur kebencian serta kandungan yang memecahbelahkan.


Tambahnya, KKD telah menjalankan sesi libat urus dengan platform dan pengendali utama media sosial seperti TikTok, Telegram, Meta serta X dan kajian mendalam telah dibuat bagi memastikan pematuhan yang lebih baik mengikut lunas undang-undang.


"Saya juga telah bertemu dengan APHR dan ini adalah antara perkara yang saya bangkitkan. Di pihak kerajaan, hari ini kami sering menyaksikan kandungan yang sering kali tular namun tidak disahkan," katanya dipetik pada sidang media selepas Malam Anugerah Pembangunan Kapasiti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2023 di Kuala Lumpur malam tadi.


Beliau turut mengulas laporan Al-Jazeera mengenai konflik Palestin-Israel yang berlarutan dan bagaimana banyak berita palsu sedang ditularkan di media sosial dan Malaysia ditonjolkan sebagai contoh utama berita palsu di sini.


"Amat malang kerana nama Malaysia telah disebut di arena antarabangsa sebagai penyebar berita palsu mengenai konflik Palestin-Israel. Bagaimanapun, mengenai apa yang dikatakan oleh APHR, pihak kementerian dan pengawal selia pasti akan meneliti perkara ini.


"Seperti yang kita tahu, tiada satupun platform media sosial yang didaftar atau dilesenkan oleh MCMC. Kami perlu memastikan semuanya teratur jadi berikan kami sedikit masa dan kami akan membuat satu pengumuman tidak lama lagi," katanya sambil menyatakan MCMC telah diarah untuk meneliti perkara tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page