top of page

KKD selidik isu 'scam' penerima eBelia Rahmah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5, 2023
  • 1 min read


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengambil maklum isu penipuan program eBelia Rahmah yang dilaporkan media baru-baru ini.


Menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil berkata pihak kementerian akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu daripada Kementerian Kewangan pada mesyuarat Kabinet yang akan diadakan hari ini sebelum sebarang tindakan boleh diambil.


"Kita sedang menunggu sedikit maklumat daripada Kementerian Kewangan. InsyaAllah esok ada mesyuarat jemaah menteri saya akan dapatkan sedikit maklumat awal supaya kita boleh teliti.


"Sekiranya ia hanya melibatkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) atau aspek-aspek lain atau agensi-agensi lain," jelasnya.


Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir dalam program Hari Apresiasi Industri Kurier di Putrajaya pada Selasa.


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini memaklumkan menerima 14 aduan penipuan e-Tunai Belia Rahmah melibatkan kerugian sebanyak RM2,800.


Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sindiket berkenaan kononnya menawarkan perkhidmatan memindahkan wang dari akaun e-dompet Touch n Go ke akaun bank mangsa.


Kementerian Kewangan (MOF) pada minggu lalu memberi amaran supaya penerima bantuan eBelia Rahmah supaya tidak menerima tawaran penukaran kredit RM200 kepada wang tunai bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan.


MoF menyeru pengguna media sosial agar melaporkan kepada pengendali platform seperti Facebook atau Instagram jika mereka terjumpa iklan yang menawarkan untuk membantu penerima menunaikan kredit eBeliaRahmah mereka.

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page