top of page

KKD sasar bentang RUU Majlis Media Mac depan



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyambut baik amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kebebasan media di negara ini terus di angkat dan diperkasa.


Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching menerusi hantaran di Facebook berkata, bagi tujuan itu pihaknya meletak komitmen untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) di Parlimen, selewat-lewatnya pada sidang Mac depan.


Jelasnya, pendirian itu diputuskan dalam satu mesyuarat bagi perbincangan lanjut mengenai rang undang-undang itu, yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada Khamis.


"Inilah komitmen (KKD) sebagai satu daripada usaha memastikan kebajikan pengamal media terjaga serta informasi yang diterima setiap lapisan masyarakat adalah lebih sahih dan secara tidak langsung memelihara keharmonian negara.


"Kami di KKD menyambut baik amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan kebebasan media terus diangkat dan diperkasa sebagai satu daripada usaha menangani segala pembohongan jahat serta berita palsu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam masyarakat," katanya dipetik.


Pada asasnya, Majlis Media Malaysia adalah sebuah majlis media yang meliputi media cetak, media elektronik (penyiaran) dan media internet.


Majlis ini bertujuan untuk menjaga kepentingan akhbar dan media, sekaligus menjaga kepentingan negara.


Anwar pada Khamis menyatakan hasrat supaya kebebasan media diperkasa supaya dapat menangani semua jenis pembohongan jahat dan berita palsu yang boleh menyemai perpecahan dan ketidakpercayaan.


Ia juga bagi memastikan rakyat boleh mendapatkan berita dan maklumat yang adil dan benar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page