top of page

KKD rancang wujudkan pakej khas penghantar p-hailing



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi (telco) bagi melihat kemungkinan untuk mewujudkan pakej pelan data yang lebih murah khusus untuk golongan penghantar p-hailing.


Perkara itu dinyatakan menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil dalam ucapan sempena pratonton eksklusif siri mini #CedokLife di Kuala Lumpur malam tadi.


Mengulas lanjut, Fahmi berkata sekiranya perbincangan mengenai perkara itu berjalan lancar, pakej pelan data khas itu akan diumumkan dalam masa terdekat.


"Mereka yang terlibat dalam ekonomi gig termasuklah penghantar makanan yang kita selalu sebut sebagai barisan hadapan.


"Pada masa sama, ramai tertanya-tanya apa kerajaan boleh lakukan untuk bantu lebih ramai rakan (yang hilang kerja tetap) untuk turut sama terlibat dalam bidang ini.


"Oleh itu, saya sedang bincang dengan beberapa syarikat telco untuk mencari jalan dalam membantu golongan berkenaan dengan menyediakan pakej yang lebih murah.


"Kalau semua berjalan lancar, tidak lama lagi akan kita umumkan (pakej khas)," katanya pada ucapan di majlis itu.


#CedokLife adalah sebuah siri mini terbitan secara kerjasama Grab Malaysia dan platform penstriman dalam talian iQIYI Malaysia memaparkan kisah sebenar kehidupan harian penghantar p-hailing Grab bakal disiarkan di iQIYI secara percuma bermula 16 September ini sempena sambutan Hari Malaysia.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page