top of page

KKD perkukuh kerjasama dengan industri persembahan luar negara



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengukuhkan kerjasama dengan penggiat seni tempatan.


Sehubungan itu, menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil hari ini menerusi Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) turun ke sesi dialog untuk mendengar maklum balas pemain industri berhubung Garis Panduan PUSPAL (GPP).

Pertemuan bersama penggiat seni tempatan

"Saya pada hari ini telah menghadiri sesi dialog (town hall) bersama industri (MBI) yang terdiri daripada penggiat seni persembahan tarian, nyanyian, teater dan sebagainya.


"Seiring dengan konsep Malaysia MADANI di bawah nilai teras kemampanan, PUSPAL sedang dalam proses pendigitalan dan operasi secara end to end bagi memudahkan urusan permohonan sekali gus merancakkan lagi industri seni persembahan," katanya.


Menurutnya, kira-kira 200 penggiat industri telah hadir pada sesi dialog tersebut. Katanya, PUSPAL akan membuat pertimbangan berhubung sebarang cadangan yang diajukan oleh para pemain industri.


Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha KKD, YBhg. Datuk Sri Mohammad Mentek bersama-sama ahli jawatankuasa PUSPAL yang terdiri daripada 16 kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page