top of page

KKD lakukan reformasi penyiaran, penerangan, industri kreatif



Pelan strategik ke arah dekad keemasan digital yang berpusat di sekitar infrastruktur komunikasi, keselamatan siber dan ekonomi digital telah dirangka Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).


Perkara itu dimaklumkan menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil dalam satu video dimuat naik malam tadi.


Mengulas lanjut perkara itu beliau berkata, pelan strategik KKD bakal disokong reformasi penyiaran dan penerangan, serta pembaharuan industri kreatif.


"Pada Disember 2022, kementerian telah melancarkan pelan data perpaduan untuk kumpulan terdedah berharga RM5 sebulan.

"Pada Januari, kementerian juga telah memulakan perbincangan dengan Telekom Malaysia dan syarikat telekomunikasi lain," katanya ketika menyentuh mengenai usaha kementerian mempertingkat perkhidmatan prasarana komunikasi yang lebih murah, maju serta mudah diakses dengan internet lebih pantas.


Bagi tujuan memastikan liputan yang lebih pantas dan menyeluruh, jelas Fahmi, kementeriannya telah mengadakan perbincangan mendalam dengan dua penyedia perkhidmatan internet satelit terkemuka iaitu Starlink yang dimiliki oleh SpaceX dan Measat Satellite Systems.


"Perbincangan ke arah mendapatkan akses internet lebih laju dan lebih capaian terutama di kawasan pendalaman akan menjadi tumpuan utama KKD," ujarnya.


Sementara itu, Ahli Lembah Pantai itu juga berkata dua isu besar yang ingin ditangani kementeriannya termasuk penipuan dalam talian dan kebocoran data peribadi.


Untuk itu, Kementerian menjalin kerjasama dengan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC) bagi memperkasakan operasi Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional (NSRC).


"Saya telah mempengerusikan perbincangan dengan wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


"Sekarang, jika wang dalam akaun bank anda berkurangan kerana penipuan dalam talian, NSRC akan melakukan yang terbaik untuk menyekat pengeluaran wang itu dan wang anda boleh diselamatkan.


"Bagaimana? Anda perlu menghubungi 997 (nombor hotline NSRC) dengan segera," katanya.


Dalam usaha Kementerian menjadikan platform media sosial lebih selamat, Fahmi menjelaskan perbincangan dengan syarikat yang menyelia media sosial seperti Meta (WhatsApp, Facebook dan Instagram) telah diadakan bagi memastikan media sosial tidak lagi menjadi tempat pembiakan penipuan dalam talian.


"Untuk isu kebocoran data peribadi pula, saya telah mempengerusikan perbincangan cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau Akta 709 yang bertujuan memperketatkan lagi undang-undang dan penguatkuasaan membabitkan kebocoran data peribadi," jelasnya.


Ketika menyentuh isu industri kreatif negara, Fahmi berkata kementerian akan meneliti semula Dasar Filem Negara dan Dasar Industri Kreatif Negara supaya mampu meningkat dengan cepat dan setanding dengan negara maju lain.


Sementara mengenai pembaharuan dalam penyiaran dan komunikasi, kementerian akan memperkenalkan dua jenis laporan kepada rakyat.


"Dua laporan telah saya perkenalkan di bawah konsep 'Rakyat Adalah Majikan' iaitu laporan mingguan hasil kerja Kerajaan Perpaduan melalui "Apa Berlaku Minggu Lepas?' dan laporan bulanan hasil kerja KKD melalui "Cerita Bulanan KKD'" kata Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN dalam video tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page