top of page

KKD giat pantau penipuan atas talian di musim perayaan





Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lepas daripada jangkaan meningkatnya aktiviti penipuan atas talian atau scammer yang melibatkan pelbagai taktik memperdaya mangsa.


Menurut Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil, pihak kementerian sedang giat memantau dan memberi nasihat kepada rakyat agar berhati hati dengan kegiatan scammer terutama berkenaan jualan, pengeluaran wang, hadiah dan sebagainya menggunakan tema Aidilfitri


Scammers, katanya tidak semestinya berasal dari negara ini dan mungkin dari negara luar dan memerlukan kerjasama pihak berkuasa Malaysia serta antarabangsa dalam menanganinya.


"Apa yang kita sedia maklum aktiviti seperti scammers juga ada elemen jenayah di luar kawasan perundangan negara kita.


"Dia mungkin berlaku di negara lain yang tidak terlalu jauh daripada kita. Di situ kita lihat usahasama atau kerjasama antara polis Malaysia dan pihak polis negara tersebut akan mampu menangani masalah berkenaan dengan membanteras sindiket yang membolehkan scammers ini membuat panggilan ke Malaysia.


"Pihak SKMM juga telah memastikan mekanisme untuk menghalang scammer membuat panggilan atau pun SMS. Saya telah minta pihak SKMM meneliti apa yang kita boleh lakukan," katanya usai meraikan petugas media dalam majlis iftar bersama KKD di Hotel Hilton Kuala Lumpur, semalam.


Katanya, bagi rakyat yang telah menjadi mangsa penipuan atas talian maka kerajaan telah menubuhkan National Scam Response Centre dan mangsa boleh menghubungi talian 997 untuk melaporkan sebarang aktivti penipuan.


"Sekiranya ada di kalangan kita menjadi mangsa, tolong segera telefon National Scam Response Centre 997. Ini sangat penting nombornya 997.


"Kalau kita telefon dalam masa beberapa jam scam itu berlaku, transaksi kita hilang duit itu, pihak Bank Negara Malaysia dengan kerjasama bank bank boleh dilakukan untuk menghalang duit itu disalurkan keluar," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page