top of page

KKD berusaha tingkatkan penerangan isu ekonomi kepada rakyat



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama agensi dan jabatan di bawahnya komited melaksanakan komunikasi berterusan bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai ekonomi semasa.


Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata pelbagai usaha dan langkah yang telah dilaksanakan melalui program penerangan di televisyen dan radio RTM yang menyediakan program dalam pelbagai bahasa.


"Selain itu, RTM turut menyiarkan pembentangan Belanjawan secara langsung di semua platform penyiaran RTM dan penerbitan program-program susulan atau pasca belanjawan bagi membincangkan intipati belanjawan dengan lebih terperinci.


"Sehingga 30 November, sebanyak 1,360 pelaporan berita dalam format berita TV telah disiarkan manakala 1,696 lagi dalam format berita radio," katanya di Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Jonanis Abd. Aziz mengenai langkah kerajaan untuk memberi penerangan kepada rakyat di akar umbi berkenaan ekonomi semasa dan isu-isu yang membelenggu negara.


Sementara itu Nie Ching memaklumkan agensi penyiaran milik kerajaan, Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut sentiasa memperbaharui penerangan perkembangan ekonomi negara dan dunia dengan analisis daripada pakar serta forum diskusi menerusi pelbagai rancangan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat.


"Bernama melalui Perkhidmatan Berita Ekonomi memberi tumpuan khusus kepada berita berkaitan hal ekonomi serta menyediakan maklumat menerusi pelbagai medium termasuk media sosial seperti X (Twitter) yang bukan sahaja menyampaikan maklumat daripada segi berita malah infografik yang mudah difahami.


"Oleh itu, segala maklumat berkaitan berita ekonomi yang dihasilkan dengan 1.1 juta pengikut yang turut mengakses berita ekonomi Bernama," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page