top of page

KKD beri sumbangan komuniti Johor terkesan banjir



Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini melalui menterinya Fahmi Fadzil menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Sungai Tiram, Johor.


Sebanyak 390 keluarga mangsa banjir menerima sumbangan yang disediakan oleh pihak Maxis, termasuk sumbangan wang tunai RM500 dari KKD.


"Kami usahakan sumbangan 120 beg (sekolah) sempena kembali ke sekolah. Sumbangan disediakan pihak Maxis kepada 390 keluarga. Serta sumbangan RM500 dari KKD untuk 390 keluarga.


"Ini sebahagian usaha pihak kementerian untuk menyantuni mangsa banjir di Johor. Hari ini juga hari terakhir lawatan kerja rasmi saya bermula 13 Mac lalu," katanya dalam sidang media pagi tadi.


Selain itu, Fahmi juga menjelaskan tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) yang akan diperbanyak dan diperkemaskan terutama untuk di kawasan luar bandar .


Katanya, melalui pusat telekomunikasi sehenti yang disediakan oleh kerajaan itu, diharapkan boleh melahirkan banyak usahawan luar bandar yang bangkit daripada kemusnahan ekonomi akibat banjir dan Covid 19 untuk menjadi lebih berjaya pada masa hadapan.


"Kita akan melawat DUN Tiram, di Johor akan wujudkan PEDi lebih banyak di bawah SKMM untuk rakyat terlibat ekonomi digital


"PEDi ini perlu pengurusan mantap untuk libatkan suri rumah, lepasan sekolah supaya mereka faham kemudahan kita sediakan dan kita kerjasama dengan Mara, Tekun, Amanah Ikhtiar bagi membolehkan usahawan tempatan askes kepada geran dan perkhidmatan lain," katanya.


Manakala mengenai masalah stesen pemancar telekomunikasi di Johor yang terendam banjir pula, menurut Fahmi, separuh daripadanya telah beroperasi semula.


"Cabaran mungkin kepada kawasan seperti daerah Batu Pahat yang mana masih terkesan banjir. SKMM mengesan ada 40 lokasi yang telah dinaikkan kedudukan (tanah tapak) menara termasuk pencawang.


"Ini kita telah berjaya lakukan di Kelantan dan Terengganu. Tetapi di Johor saya arahkan SKMM, teliti trend dan sebanyak mungkin naikkan ketinggian kedudukan menara ini," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page