KK Mart didenda RM60 ribu, lukakan hati penganut Islam
- Suara Keadilan
- Jul 15, 2024
- 1 min read

Isu stoking tertera kalimah Allah berakhir hari ini dengan mahkamah menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat KK Mart dan salah satu syarikat pembekalnya Xin Jian Chang Sdn Bhd dengan masing masing dikenakan denda sebanyak RM60,000.
Hukuman denda itu dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas kedua dua syarikat tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dipinda kerana melukakan perasaan penganut Islam.
Namun mahkamah melepas dan membelaskan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Chai Kee Kan dan isterinya Loh Siew Mui daripada pertuduhan yang sama. Begitu juga tuduhan ke atas beberapa individu atasan syarikat pembekal.
Hal itu berikutan pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap mereka.
Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu berkenaan mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes tersebut.
Comments