NGO @KitaBudakAmpang (KBA) baru-baru ini memberi bantuan barangan keperluan kepada keluarga memerlukan di Ranting KEADILAN Bukit Antarabangsa.
Menurut aktivis KEADILAN, Hans Isaac, bantuan itu diberikan bagi mengurangkan beban masyarakat yang tertekan sejak Perintah Kawalan Pergerakan beberapa bulan lalu.
"Sudah menjadi tanggungjawab kami bersama KBA untuk terus memainkan peranan memberikan sokongan kepada masyarakat mengikut apa yang termampu.
"Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban dan terima kasih kerana sudi bersama kami dalam aspirasi kebajikan ini," katanya.
Selain memberi bantuan, sesi dialog turut diadakan bagi anak muda dan jamuan makan untuk penduduk yang hadir.
Yorumlar