top of page

Kita rangkul kekuatan untuk perkasakan langkah ke hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read


Angkatan Muda Keadilan Pusat perlu merangkul semua kekuatan dan bakat yang dimiliki anggotanya untuk melangkah ke hadapan dan menang dalam pilihanraya akan datang.


Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, KEADILAN adalah keluarga besar yang mempunyai ramai anggota mahir pelbagai bidang dan mampu digembleng menjadi kekuatan ampuh menghadapi pembangkang.


"Jadi (kita) dalam sebuah keluarga besar. Setiap kita miliki kekuatan berbeza dan kalau kita rangkul kekuatan yang ada, kita mampu cipta kekuatan baharu untuk kita langah ke hadapan dalam dua tahun ini.


"Parti sedia masuk dalam pilihan raya umum dan pastikan presiden kita kekal untuk penggal seterusnya," katanya dalam sesi penggulungan di Kongres Nasional KEADILAN di Persada Johor International Convention Center hari ini.


Menyentuh mengenai Pemilihan 2025 yang agak meruncing, Kamil berkata, tiada sebab parti harus berpecah dengan pemilihan tersebut.


"Saya nak sebut pemilihan kita sepanjang perjalanan parti tidak pernah menjadi asbab untuk kita melemah.


"Pemilihan diadakan, tugas dan tanggungjawab diberikan di bawah perlembagaan (parti) untuk menggerak kekuatan di peringkat akar umbi," katanya.


Selain itu, beliau juga menyinggung beberapa perkara yang perlu diatasi AMK termasuk politik taksub yang didominasi pembangkang dan agenda pembangunan belia yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page