'Kita pilih calon setia kali ini' - Anwar



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kegagalan parti memilih calon yang baik dalam pilihan raya lalu sehingga mereka melompat setelah menang.


Namun katanya, kali ini hal itu tidak akan berlaku kerana calon dipilih adalah dalam kalangan pemimpin yang setia.


"Saudara Joshua Jabeng itu orang kuat kita.


"Pasukan ini menentukan sama ada kita menang atau kalah. Kita tahu alasan. Kamu tahu lompat katak. Dia guna kamu kerja. Lepas itu mereka menang jadi menteri tak jaga.


"Sebab itu kita ambil keputusan kita letak Joshua sebab dia telah teruji," katanya dalam kempen di DUN Kakus, hari ini.


Anwar turut memuji Johsua sebagai calon yang suka membantu orang susah, dan pengundi kalangan kaum Iban perlu mengangkat wakil seperti itu ke DUN untuk mengenengahkan masalah mereka .


"Masyarakat Iban kena pilih orang bukan wakil syarikat (balak, ladang). waklil GPS pertahan syarikat balak.


"Apa pula PSB, tauke balak juga. Wakil kita, balak apa yang Joshua ada? Jadi kita kena bawa mesej yang jelas. Saya mahu sebut satu perkara. Mahu menang kena kerja, setia," katanya.


Beliau menyifatkan Pilihan Raya Negeri Sarawa merupakan pertempuran yang hebat dan pekerja parti mesti berusaha sekeras mungkin untuk memenangkan Joshua.


"Ini saya anggap pertempuran utama. Saya datang sini kerana calon kita Joshua. Ini calon telah teruji. Jjika dia menang gegar DUN. Ketua Menteri akan panik," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER