top of page

'Kita pastikan bila menang ADUN buat kerja, selesaikan masalah' - Nurul Izzah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23
  • 2 min read

Nurul Izzah di majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN N.42 Melalap, Tenom
Nurul Izzah di majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN N.42 Melalap, Tenom

KEADILAN bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 kali ini dengan tekad untuk memperbaiki keadaan hidup pengundi.


Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.


Beliau berkata, akan memastikan calon yang menang sebagai ADUN di mana mana kerusi ditandingi akan menjalankan tanggungjawab kepada pengundi sebaik sahaja menang.


"Di Sabah banyak parti politik, jadi kita nak pastikan bila menang kena buat kerja. Di sinilah pada saya bila kita sudah pilih, bantu saya nak pastikan setiap satu masalah infrastruktur itu diutamakan oleh calon dan ADUN," katanya dalam ucapan di majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN N.42 Melalap, Tenom, petang tadi.


Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Presiden berkata, KEADILAN Sabah tidak akan melupakan golongan wanita yang banyak terlibat dalam gerak kerja pilihanraya.


"Di akar umbi wanita kuat bekerja merayu undi, kerana itu kita kena pastikan keberadaannya, bukan sekadar calon. Wanita dilibatkan dalam setiap keputusan yang kita ambil," katanya.


Nurul Izzah yang sering ke Sabah berkata beliau memahami keresahan utama pengundi di negeri itu, terutama berkaitan peluang pekerjaan yang kurang dan KEADILAN dalam Kerajaan Negeri kelak akan melihat bagaimana usaha untuk menambah pekerjaan kepada anak negeri.


"Rakyat kata nak peluang kerja berkualiti. Kadang kadang keluar (institusi pengajian) graduan kurang dapat kerja. Habis kolej kerja di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang. Mereka mahu juga kerja dekat dengan keluarga," katanya.


Mengenai tragedi yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, beliau berkata perlu ada pembaikan sistem persekolahan, undang undang dan penguatkuasaan di negeri itu.


"Jangan lupa sebut keadilan buat Zara, keadilan buat anak anak kita," ujarnya.


Selain itu Nurul mengingatkan, agar rakyat Sabah memilih parti yang sehaluan Kerajaan Persekutuan kerana mampu menyelesaikan banyak perkara.


Antara yang telah selesai berhubung Perjanjian Malaysia (MA63) yang tidak penah berjaya dilakukan sebelum ini.


"Kerana kita nak tunai janji MA63. Kena pastikan bukan sahaja wakil Sabah ada dalam lembaga cukai, gas, elektrik (perlu ada) wakil anak Sabah," katanya lagi.


Tegas Nurul Izzah, calon KEADILAN yang menang kelak akan memikirkan banyak perkara terutama hutang negeri, pendidikan, kesihatan dan pekerjaan.


KEADILAN bakal menyediakan calon terbaik buat pengundi di Sabah.

1 Comment


Azizah Zahra
Azizah Zahra
Aug 23

Tempat main slot yang aman, nyaman dan terpercaya cuma Raja Botak

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page