top of page

'Kita lalui zaman pengkhianatan, jangan ada pengkhianat 2.0'



Cabaran sebenar KEADILAN adalah bersikap adil kepada semua.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tindakan anggota parti haruslah menjadi cerminan dasar perjuangan parti.


"Jangan kita bercakap keadilan tetapi tindakan kita tidak menggambarkan kita sebagai anggota Parti Keadilan Rakyat. Inilah cabaran sebenar kita


"Kongrs AMK, Wanita dan semalam perbahasan cukup baik, lebih baik daripada kongres yang lepas.


"Saya harap pimpinan akan berikan pandangan untuk menguruskan parti dalam tahun tahun akan datang," katanya dalam Ucapan Penggulungan Kongres Nasional KEADILAN, pagi ini.


Selain itu, Shamsul juga memberikan nasihat agar parti pimpinan mengamalkan pendekatan sederhana dan inklusif dalam menguruskan parti pada masa hadapan.


"Saya ingin berkongsi sebagai satu peringatan. Dalam mitos Greek ada satu watak yang namanya Ikarus yang mana sayapnya dari lilin dan sayap itu adalah sumber kekuatan, boleh terbang ke atas dan tengok ke bawah.


"Tetapi dia lupa bila dia rasa dia kuat, dia terbang ke atas dekat dengan matahari maka cairlah sayapnya.


"Kejayaan ini jangan kita rasa bongkak.


"Pimpinan yang menang jangan anggap sentiasa betul. Kita berada dalam jemaah di bawah seorang ketua, jangan ada ketua yang lain," katanya.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga tidak mahu berlaku lagi dua kutub dalam satu parti yang membawa kepada penghianatan pada 2020 lalu.


"Kita lalui zaman pengkhianatan, jangan lalui lagi pengkhianat 2.0.


"Kita tolak pengkhianat 2.0 jangan biarkan pengkhainat dalam parti. Untuk kita sama sama bersatu memimpin KEADILAN.


"Setuju atau tidak kita berikan mandat untuk (Datuk Seri Anwar) pimpin parti ini," katanya lagi dan disambut teriakan 'setuju' dari para perwakilan.


Shamsul juga membacakan beberapa pantun untuk renungan bersama untuk penyatuan parti pada masa hadapan

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page