'Kita kekurangan suara anak muda di DUN, Parlimen' - Farzana Hayani



Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termuda Farzana Hayani Mohd Nasir merasakan tiba masanya pengundi di Melaka meningkatkan penyertaan anak muda di peringkat DUN.


Katanya yang lebih senang menggelarkan diri sebagai Nana, suara anak muda penting dalam sidang DUN atau Parlimen untuk membangkitkan masalah yang dihadapi oleh mereka.


"Sebagai seorang anak muda Nana rasa kita kekurangan suara anak muda di DUN dan Parlimen. Apa kata orang muda yang mengambil tanggungjawab menyuarakan hasrat anak muda. Contohnya mahasiswa, ramai mahasiswa ini yang kebajikan mereka tidak terbela," katanya dalam temubual bersama Nurul Izzah Anwar terbitan Studio Pasir Berdengung PRN DUN Melaka, malam tadi.


Mengenai isu calon muda kurang berpengalaman dan tidak akan melakukan kerja dengan baik di peringkat DUN, Farzana berkata, beliau telah mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam politik.


"Walaupun ramai cakap masih mentah dan tiada pengalaman, sebenarnya Nana ini masa muda lagi dah bergiat dalam politik, ikut ayah, Mohd Nasir ke ceramah kelompok dan besar, joint meeting, menyantuni rakyat. Dari situ Nana belajar sedikit demi sedikit. Bahagikan masa antara belajar dan politik.


"Nana yakin boleh harungi cabaran dari segi mental dan fizikal. Nana harap rakyat Sungai Rambai boleh menilai Nana daripada tekad dan kesungguhan," katanya.


Nurul Izah menyambung hujah tersebut menceritakan pengalaman beliau, Tony Pua dan Hannah Yeoh ketika mula-mula menjadi calon Parlimen dan menghadapi persoalan sama, 'tidak berpengalaman', katanya mereka menjawab mudah: 'memang mereka tidak mempunyai pengalaman menerima rasuah atau membuat kerja-kerja yang tidak elok dalam politik'


Selain itu, Farzana menceritakan penglibatan awal beliau dalam politik ketika berusia 19 tahun pada 2019.


"Saya tertarik dengan agenda reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar dan inspirasi Nana adalah YB Nurul Izzah.


"Sebab YB Nurul wanita muda yanag selalu membawa suara wanita ke dalam dewan Parlimen," katanya.


Farzana berkata, beliau terinspirasi untuk menjadi ahli politik sepenuh masa apabila menyertai Srikandi KEADILAN Melaka.


"Setahun telah dilantik Ketua Srikandi Melaka, kita menyantuni rakyat negeri ini. Program yang kita buat seperti back to school bersama KEADILAN Melaka, bermula dari Melaka kita bawa ke negeri lain menyantuni rakyat.


"Nana juga terlibat dalam gerakan Mahasiswa KEADILAN Malaysia. Nana merupakan Majlis Pimpinan Pusat Mahasiswa KEADILAN. Salah satu program yang kita buat ialah Nadi Siswa Rakyat. dari situ kita tahu apa yang mahasiswa perlukan, internet yang tidak bagus, kemiskinan haid dan sebagainya.


"Bila Nana jumpa dan bantu mereka memerlukan, satu kelegaan bagi Nana melihat mereka yang telah dibantu," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER