top of page

'Kita KEADILAN lambang kita tetap utuh, bersatu' - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • a few seconds ago
  • 1 min read


KEADILAN memilih tema 'Kita KEADILAN' untuk musim Pemilihan 2025 kerana semua anggota perlu bersatu sebaik sahaja pemilihan selesai.


Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh berkata, selepas ini anggota KEADILAN akan pulang ke tempat masing masing dan meneruskan perjuangan dengan kekuatan yang lebih mantap.


"Selepas pemilihan ini kita semua balik ke tempat masing masing dan teruskan kerja masing masing


"Sebab itu laungan Kita KEADILAN lambang kita tetap utuh, bersatu dan gerak ke hadapan dengan kekuatan lebih mantap dan padu selepas pemilihan," katanya dalam ucapan Perasmian Kongres Nasional KEADILAN di Persada Johor International Convention Centre, malam ini.


Selain itu, beliau juga menyatakan sistem pemilihan kali ini amat demokratik dan memberi peluang kepada semua pihak diwakili secara proportional representation.


"Proses pemilihan, kita menerima sejumlah 32,021 perwakilan yang layak untuk mengundi Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan AMK Pusat, ada mengundi fizikal dan ada secara online.


"Pindaan perlembagaan juga mewajibkan guna proposional representation di mana yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.


"Semua calon dapat proporsi berkadar berdasarkan peratus undi mereka terima," katanya.


Dr Fuziah juga memberitahu pengundi turut dilangsungkan di Sabah dan mengundi di ITCC Grand Ballroom Penampang serta di Sarawak mengundi di Penview Convention Center, Kuching.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page