"Kita ini bukan sesiapa tanpa akar umbi" - Fadhlina
- Suara Keadilan
- 9 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Pemilihan tema 'Kita KEADILAN' pada kongres kali ini mencerminkan iltizam yang sangat kuat untuk ahli parti menginsafi dan mengingat kembali tentang asal usul.
Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, rasa syukur perlu sentiasa dizahirkan kerana parti itu mempunyai anggota yang ikhlas komited dalam perjuangan.
''Sentiasa ingat bahawa kita ini bukan sesiapa tanpa akar umbi.
''Sentiasa bersyukur kerana ada anggota yang ikhlas, komited dan sentiasa bersama dengan kita dalam semua keadaan sama ada susah dan senang,'' katanya.
Beliau berkata demikian sempena ucaptama Perasmian Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN yang diadakan di sebuah hotel, di Johor Bahru, hari ini.
Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menambah, mengemudi parti yang sudah mencapai usia 25 tahun merupakan amanah yang maha berat.
Ujarnya, KEADILAN mesti berdiri sebagai parti yang kuat dan menjadi jambatan kepada penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat.
Selain itu, beliau juga komited untuk melihat KEADILAN menjadi parti yang mewakili suara rakyat atau sebagai jurubicara umat.
''Malah, perlu melahirkan pimpinan dan akar umbi yang kuat ranah masyarakat. Kehadiran KEADILAN perlu benar-benar dirasai dalam denyut nadi masyarakat,'' ujarnya lagi.